Powered By Blogger

Tuesday, December 8, 2009

Langkawi Geopark..

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari jeti Kuala Perlis dan 1 jam 30 minit dari jeti Kuala Kedah menjadikan Pulau Langkawi senang dikunjungi dan dilawati oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negara.

Sebanyak 99 buah pulau boleh dilihat ketika air pasang dan lebih dari 104 buah pulau ketika air surut. Diantara pulau-pulau tersebut seperti Dayang Bunting, Tiloi, Bumbun Besar, Bumbun Kecil, Kukus, Tanggok Besar, Tanggok Kecil, Tuba dan sebagainya.

Kebanyakkan penduduk yang mendiami kepulauan ini majoritinya beragama Islam dan ekenominya dijanakan oleh sumer perikanan, pelancongan , perniagaan dan sebagainya. Banyak tempat menarik untuk dilawati antaranya Padang Matsirat, Gunung Mat Cincang, Telaga Harbour, Lubuk Semilang dan lain-lain lagi.

Saya berpeluang berkhidmat di Pulau ini selama 3 tahun 4 bulan sebagai Jurulatih Rekreasi Luar bernaung dibawah anak syarikat Halim Mazmin Berhad, Wilderness Centre Langkawi. Banyak tempat telah dijejaki dan dilawati sepanjang menceburkan diri dalam bidang ini.

Kepada pengunjung yang berminat untuk menikmati keenakkan masakan dan makanan disini banyak gerai dan restoran menawarkan menu yang lazat dan berkhasiat. Apa yang perlu, tepuk dada tanyalah selera.

Kepada yang ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan , Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Matsirat terletak tidak jauh dari Pekan Kuah. Peminat-peminat pasar malam boleh mengunjunginya pada setiap malam dengan lokasi yang berlainan.

Sekiranya anda ingin datang ke sini jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat yang menarik sempena cuti panjang ini. "Malaysia Truly Asia".

1 comment:

  1. Jom g langkawi lagi!Lama gak ko kije sana eh..aku 9 bln jerr

    ReplyDelete