Powered By Blogger

Thursday, December 31, 2009

Khasiat Sayur-sayuran..

Mengandungi mineral, kalsium, magnesium dan zat besi. Ia juga kaya dengan serat dan mengatasi masalah sembelit. Timun, lobak dan tomato boleh di makan mentah dan khasiatnya berkali ganda. Juga boleh menjadikan buah-buahan berwarna kuning dan merah kemerah-merahan sebagai menu harian. Ianya mengandungi vitamin C dan antioksida.






 Selamat mencuba!

Ujian Ketahanan..


Harganya hanya RM135 ketika membelinya dan sehingga kini masih digunakan.Riwayatnya agak tragis dan menyedihkan.Terjatuh dan dilanggar kereta, Lemas di sungai, dan berbagai halangan telah dilalui.Dari cantik sehingga Kusam dan hilang warnanya.Kekadang padam dengan tiba-tiba.Ku hentak bagi menyalakannya dan ianya pulih semula.Itulah dia Nokia Model 1110i.

Wednesday, December 9, 2009

Kesempurnaan Hidup!

2 bulan berlalu kini "ROKOK" telah berjaya di tinggalkan. Melaksanakan latihan jasmani setiap pagi dan petang menjadi rutin harian. Nafas ditarik tanpa sekatan, badan menjadi lebih segar dan bertenaga. Fikiran lebih positif jasmani lebih agresif. Kini baru ku kecapi nikmat hidup tanpa rokok.

"KATAKAN TIDAK PADA ROKOK, ALKOHOL DAN DADAH"

Tuesday, December 8, 2009

Langkawi Geopark..

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari jeti Kuala Perlis dan 1 jam 30 minit dari jeti Kuala Kedah menjadikan Pulau Langkawi senang dikunjungi dan dilawati oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negara.

Sebanyak 99 buah pulau boleh dilihat ketika air pasang dan lebih dari 104 buah pulau ketika air surut. Diantara pulau-pulau tersebut seperti Dayang Bunting, Tiloi, Bumbun Besar, Bumbun Kecil, Kukus, Tanggok Besar, Tanggok Kecil, Tuba dan sebagainya.

Kebanyakkan penduduk yang mendiami kepulauan ini majoritinya beragama Islam dan ekenominya dijanakan oleh sumer perikanan, pelancongan , perniagaan dan sebagainya. Banyak tempat menarik untuk dilawati antaranya Padang Matsirat, Gunung Mat Cincang, Telaga Harbour, Lubuk Semilang dan lain-lain lagi.

Saya berpeluang berkhidmat di Pulau ini selama 3 tahun 4 bulan sebagai Jurulatih Rekreasi Luar bernaung dibawah anak syarikat Halim Mazmin Berhad, Wilderness Centre Langkawi. Banyak tempat telah dijejaki dan dilawati sepanjang menceburkan diri dalam bidang ini.

Kepada pengunjung yang berminat untuk menikmati keenakkan masakan dan makanan disini banyak gerai dan restoran menawarkan menu yang lazat dan berkhasiat. Apa yang perlu, tepuk dada tanyalah selera.

Kepada yang ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan , Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Matsirat terletak tidak jauh dari Pekan Kuah. Peminat-peminat pasar malam boleh mengunjunginya pada setiap malam dengan lokasi yang berlainan.

Sekiranya anda ingin datang ke sini jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat yang menarik sempena cuti panjang ini. "Malaysia Truly Asia".

Adik Mohd Ikhmal

Mee Burung!

"Mamak!, cendol biasa 1,cendol pulut 1,mee goreng 1". Pesan rakan kepada peniaga gerai mamak diluar pasaraya TF VALUE MART, Behrang 2020. Selang beberapa minit makanan dipesan sampai. "Kenapa pulut ni masin sangat!", celah saya kepada rakan. "Mungkin air peluh mamak jadi perisa tambahan penyedap rasa", jawab rakan dengan selamba. Sedang asyik menjamu selera pandangan kami beralih seketika melihat ke arah dapur. "Banyaknya burung pipit dalam kuali tu!jangan-jangan mee goreng ni dah bercampur najis burung tak?", kata rakan secara tidak sengaja. Saya dan rakan yang sedang menjamu selera berhenti untuk membayar makanan tersebut.

*Kepada pengunjung yang datang ke sana cuba perhatikannya sebelum memesan menu yang disediakan.

Peristiwa Cuti Sekolah!

Abang!abang!,"kenapa ayah abang?".

Abang!abang!,"kenapa ayah abang tak makan?".

Abang!abang!,"Boleh saya main game guna komputer abang?".

Abang!abang!,"Boleh buat air kopi untuk saya?".

Abang!abang!,"Mak abang mana?".

Abang!abang!,"Boleh kasi saya komputer ni satu?".

Setiap kali soalan diajukan saya cuma tersenyum ke arahnya. Seorang yang peramah, petah berkata-kata dan ramah sentiasa. Adik Mohd Ikhmal telah dimasukkan ke Wad 5C Hospital Sungai Buloh sejak 3 hari lalu setelah mengalami pendarahan di kemaluan tidak terhenti. Anak ke  2 dari 4 orang adik beradik ini tinggal di Kem TUDM Subang dan bapanya Sarjan Udara berkhatan sempena cuti sekolah panjang. Namun terpaksa menjalani rawatan selama 3 hari di Hospital ini. Apapun, saya doakan adik Mohd Ikhmal cepat sembuh dan ceria kembali di musim cuti ini.

*Pada jam 7.00pm, 08/12/2009 adik Mohd Ikhmal telah dikeluarkan dari Wad 5C dengan perasaan yang gembira dan ceria. Saya sempat bersalaman dengannya sebentar tadi dengan dibalas senyuman manis darinya :)